Tuesday, April 28, 2009

Surat Rasmi

Muhammad Hamizan
Blok 104 Tampines Street 34 #08-134
Singapura 658104

29hb April 2009

Pengurus Tiket Sistic
Tampines Mall #o4-54
Singapura 658112

Tuan

PER: PERKHIDMATAN YANG TIDAK MEMUASKAN

Berhubungan dengan perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang perkhidmatan yang tidak memuaskan. Dua hari yang lalu, saya membeli dua tiket untuk persembahan David Archuleta untuk kakak dan adik saya. Mereka berdua sangat meminati artis itu.

Saya membeli dua tiket itu dari tempat membeli tiket di pusat membeli-belah Tampines Mall. Barisan beratur di situ panjang dan suasana di situ amat kecoh. Saya tidak diganggu sangat tentang kekecohan yang sedang berlaku di situ. Apabila giliran saya tiba untuk membeli tiket, saya tidak senang hati dengan keluakuan pegawai di kaunter itu. Beliau kurang bersopan santun terhadap saya dan seperti tidak ikhlas untuk melayani saya.Apabila saya menghulurkan wang kepadanya untuk membuat bayaran, beliau mengambil wang secara merampas. Kelakuannya itu membuat saya marah dan tidak berpuas hati dengan cara beliau melayani saya sebagai pelanggan.

Saya berharap agar tuan akan menegur pegawai itu atas tindak lakunya. Mungkin beliau merasai bahawa kerjanya membawa tekanan kerana ramai pelanggan harus dilayani. Pegawai itu amat muda dan mungkin pengalamannya tidak cukup untuk menjalankan tugas.Saya amat berterima kasih jikalau tuan dapat menyelesaikan masalagh ini dan berharap kejadian yang sama tidak akan berlaku lagi

Yang benar
(Tandatangan)
[ Muhammad Hamizan ]

No comments:

Post a Comment