Wednesday, August 12, 2009

Pengertian Hari Kebangsaan Sebagai Seorang Rakyat Singapura


Tiap-tiap tahun pada 9 haribulan Ogos, Singapura merayakan Hari Kebangsaan. Tarikh ini sangat istimewa untuk rakyat-rakyat Singapura kerana ia menandakan hari kemerdekaan negara kita.


Aku rasa amat bangga terhadap Singapura kerana kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai. Singapura ialah negeri yang paling kecil dan tidak mempunyai banyak sumber tetapi telah menjadi salah satu negara yang bermajuan tinggi. Perhubungan rapat dan harmoni antara rakyat-rakyat yang berlainan bangsa dan agama telah memastikan kestabilan negeri ini.


Apabila rakyat-rakyat Singapura menyambut Hari Kebangsaan, kami bukan sahaja bergembira, tetapi mengingati akan leluhur dan datuk dan nenek moyang kita yang telah berjasa untuk kemajuan negara kita. Singapura telah menunjukkan ke selruh dunia bahawa negeri yang tidak mempunyai sumber boleh mencapai kemerdekaan dan negeri kita telah mencapainya selama 44 tahun.


Hari Kebangsaan Singapura dirayakan di Marina Bay di atas pentas terapung. Aku amat dikagumi dengan perbarisan yang dilakukan oleh anggota-anggota pertahanan kita. Mereka nampak sungguh cergas sekali dalam barisan mereka. Perayaan itu juga mengandungi persembahan-persembahan yang menakjubkan. Pada pukul 8.22 malam, semua rakyat Singapura diminta supaya mereka mengikuti sama untuk berikrar.


Aku rasa amat mulia menikmati perayaan Hari Kebangsaan tahun ini kerana ia sangat istimewa daripada perayaan tahun-tahun yang lalu walaupun aku menonton perayaan itu di televisyen.