Tuesday, April 28, 2009

Surat Rasmi

Muhammad Hamizan
Blok 104 Tampines Street 34 #08-134
Singapura 658104

29hb April 2009

Pengurus Tiket Sistic
Tampines Mall #o4-54
Singapura 658112

Tuan

PER: PERKHIDMATAN YANG TIDAK MEMUASKAN

Berhubungan dengan perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang perkhidmatan yang tidak memuaskan. Dua hari yang lalu, saya membeli dua tiket untuk persembahan David Archuleta untuk kakak dan adik saya. Mereka berdua sangat meminati artis itu.

Saya membeli dua tiket itu dari tempat membeli tiket di pusat membeli-belah Tampines Mall. Barisan beratur di situ panjang dan suasana di situ amat kecoh. Saya tidak diganggu sangat tentang kekecohan yang sedang berlaku di situ. Apabila giliran saya tiba untuk membeli tiket, saya tidak senang hati dengan keluakuan pegawai di kaunter itu. Beliau kurang bersopan santun terhadap saya dan seperti tidak ikhlas untuk melayani saya.Apabila saya menghulurkan wang kepadanya untuk membuat bayaran, beliau mengambil wang secara merampas. Kelakuannya itu membuat saya marah dan tidak berpuas hati dengan cara beliau melayani saya sebagai pelanggan.

Saya berharap agar tuan akan menegur pegawai itu atas tindak lakunya. Mungkin beliau merasai bahawa kerjanya membawa tekanan kerana ramai pelanggan harus dilayani. Pegawai itu amat muda dan mungkin pengalamannya tidak cukup untuk menjalankan tugas.Saya amat berterima kasih jikalau tuan dapat menyelesaikan masalagh ini dan berharap kejadian yang sama tidak akan berlaku lagi

Yang benar
(Tandatangan)
[ Muhammad Hamizan ]

Sunday, April 26, 2009

Format Surat Rasmi

Surat Rasmi

Permulaan

Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah East Spring dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk melawat kampus Universiti Nasional Singapura. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti tahunan persatuan kami bagi pelajar-pelajar menengah 4.

Isi

Tujuan lawatan ini adalah untuk …..Jika diizinkan, kami ….Akhir sekali kami bercadang untuk …….lectureSemoga dengan lawatan ini akan dapat menambahkan semangat untuk kami belajar bagi menempuh peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dan seterusnya menjejakkan kaki di lembah ilmu ini dan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti pengalaman di Universiti Nasional nanti akan memberi satu semangat yang tidak ternilai buat kami dan menjadi perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Penutup

Surat Permohonan

Saya berharap mudah-mudahan permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan dan diluluskan oleh pihak tuan. Besarlah harapan kami agar pihak tuan tidak menolak permohonan kami memandangkan hasil lawatan ini pasti dapat memberi manfaat kepada kami. Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.AtauSurat AduanSemoga aduan kami (pada kali ini) mendapat perhatian daripada pihak tuan. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi berkunjung ke (kawasan perumahan) kami untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang (masalah yang terpaksa kami hadapi).Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Thursday, April 2, 2009

Hari Persahabatan Antarabangsa

Hari Persahabatan Antarabangsa amat sama dengan Hari Kerharmonian Kaum. Tujuan hari istimewa ini ialah untuk membawa keharmonian di seluruh dunia. Ia disambut pada setiap hari pertama Ahad pada tiap-tiap bulan Ogos.


Hari istimewa ini selalu disambutkan bersama-sama dengan orang yang berbilang kaum. Salah satu cara untuk menyambutkan hari ini ialah dari berkongsi tentang budaya dan masyarakat antara satu sama yang lain. Hari ini juga diadakan untuk mengingati kita tentang kepentingan hubungam antara negeri-negeri lain.


ASEAN ialah salah satu contoh yang baik. Negeri-negeri yang terlibat dalam kumpulan ini telah merapatkan hubungan mereka dari perlibatan dalam segi melawan kemiskinan dan mencegah keganasan.


Di sekolah-sekolah di Singapura, Hari Persahabatan Antarabangsa disambutkan dengan belbagai cara. Salah satu cara ialah dari menjemputi pelajar-pelajar dari negeri lain. Dengan cari ini, para pelajar antarabangsa boleh berinteraksi dan berkongsi pengalaman tentang kehidupan di sekolah masing-masing. Dengan berinteraksi, mereka juga boleh belajar tentang budaya-budaya yang berlainan daripada budaya mereka. Para pelajar dari negeri lain selalunya mencuba makanan-makanan tempatan yang istimewa di negeri kami seperti kuih-kuih tradisional dan biskut-biskut.

Akhirnya, mereka juga menonton dan dihibur oleh persembahan tarian-tarian oleh tiga kaum pertama di Singapura iatu orang Cina, Melayu dan India. Selain dari itu, kadang-kadang pelajar menceritakan tentang cerita-cerita sejarah negeri kami dan apa hebatnya di Singapura.