Thursday, March 26, 2009

Minggu yang aku menanti-nantikan

Aku tidak boleh menantikan kedatangan minggu ini. Pada hari Sabtu yang akan datang, ialah permulaan pusingan akhir peraduan ''Freestyle Drill'' untuk kadet-kadet NCC menengah tiga yang berpangkatan korporal. Mereka telah mencapai tempat kedua pada pusingan lalu semasa bertanding dengan sekolah dari zon timur. Sebagai penolong pengetua atau ' assistant platoon commander' mereka, aku rasa amat berbangga terhadap kejayaan mereka. Tabiat kerja keras mereka dan keinginan untuk tidak berputus asa amat aku kagumi. Latihan-latihan yang mereka telah dilakukan tidak disia-siakan.
Masih ingat lagi aku berlonjak-lonjak dengan gembira bersama-sama mereka setelah sekolah kami mendapat tempat kedua dalam zon timur. Aku tidak sangka atas kejayaan kami kerana persembahan sekolah-sekolah yang lain seperti Sekolah Menengah Victoria dan Sekolah Perempuan Cedar sungguh hebat sekali.
Aku berharap agar kadet-kadetku akan membuat persembahan yang paling terbaik dan berazam untuk menang sekurang-kurangnya tiga tempat utama kerana pusingan akhir ini akan ditadingi oleh sekolah-sekolah yang terhandal dari zon-zon berlainan di Singapura. Aku tidak pernah sekali berputus asa untuk mereka. Aku sentiasa percaya bahaya mereka akan selalu jadi terbaik dan buat yang baik. Aku akan rasa lebih daripada gembira kalau mereka berjaya mencapai tahap itu.
Untuk bola sepak, aku akan bertindak untuk berhenti bermain bola untuk pasukanku pada tiap-tiap hari Sabtu mulai minggu ini. Aku telah memberitahu tentang kemahuanku kepada kapten pasukan dan beliau memahami situasi saya. Aku membuat keputusan seperti ini kerana aku mahu menumpuhkan penuh perhatian kepada pelajaran sekolah. Aku akan kembali kepada pasukan itu setelah aku telah habis melalui peperiksaan GCE peringkat 'O'.

2 comments:

  1. hello mizan suha di sini hehe.
    woow awak sungguh bersemangat ye dalam azam-azam awak.
    harap awak akan berjaya!

    ReplyDelete
  2. Awak punya blog cute lah. saya akan berdoakan kamu supaya akan kamu setiap hari semoga awak akan bahgia.

    ReplyDelete